Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat tiba di Republik Singapura
08/08/2025

 


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam selamat berangkat tiba di Republik Singapura.

Hadir bagi mengalu-alukan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ialah Menteri Tenaga Manusia Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tan See Leng dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay dan isteri.

Juga hadir, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Puan Yang Terutama Hajah Noor Qamar binti Haji Sulaiman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Upacara Perbarisan Hari Kebangsaan Republik Singapura Ke-60 Tahun yang akan berlangsung esok, atas undangan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto